Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum,
Saya ingin bertanya berkaitan hukum puasa, adakah batal jika saya memasukkan jari ke dalam lubang najis anak OKU dengan niat untuk mengeluarkan najis yang tersekat. Anak OKU saya berumur 17 tahun (perempuan) tiada lubang najis sewaktu lahir dan telah menjalani pembedahan membuat lubang najis. Kadang kala dia mengalami kesukaran untuk meneran najisnya keluar dan saya akan bertindak seperti yang dimaklumkan di atas untuk memudahkan najisnya keluar. Apakah batal puasa ganti saya atas tindakan tersebut. Mohon pencerahan dan terima kasih.
Jawapan
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد
Terima kasih kepada tuan atas pertanyaan yang diajukan. Sehubungan itu, berdasarkan persoalan tuan, puasa tuan adalah sah. Ini kerana, perbuatan tuan seumpama memberikan makan kepada anak tuan sedangkan tuan berpuasa, maka ia tidak membatalkan puasa tuan. Semoga Allah memudahkan segala urusan tuan dan anak di dunia dan di akhirat.
والله أعلم بالصواب