Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Lafaz talak dalam keadaan marah. Dalam dua saat menyesali perbuatan. Betul ke talak itu tidak jatuh kerana pasangan tidak terus lapur ke pejabat agama? Adakah perlu akad nikah semula?
Jawapan
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد
Di dalam mazhab al-Syafie, talak yang dilafazkan secara sarih yakni lafaz yang jelas dan sempurna ayat dan ditujukan kepada isteri, oleh suaminya, adalah jatuh meskipun dilafazkan tanpa niat kecuali pada enam keadaan;
Oleh yang demikian, berdasarkan kenyataan di atas, talak yang dijatuhkan ketika marah adalah sah, jika ia adalah sempurna rukun dan syarat-syaratnya, tanpa perlu menunggu melaporkannya ke Pejabat Agama.
Walau bagaimana pun, adalah disyorkan agar puan atau suami puan merujuk kepada Mahkamah Syariah yang berhampiran bagi melaporkan dan membuat pengesahan terhadap perkara tersebut dalam kadar yang segera sebagaimana yang dijelaskan di dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor (EUUKIS) 2003 di bawah Seksyen 57, memandangkan urusan pengesahan perceraian adalah merupakan bidang kuasa Mahkamah Syariah.
والله أعلم بالصواب