BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Minyak-minyak terpakai sekarang orang kumpul untuk dijual, boleh jadi ada minyak digunakan untuk goreng haiwan yang tidak halal dimakan sama ada babi mahupun haiwan tidak disembelih.

Minyak-minyak terpakai ini seterusnya akan dijadikan sabun, lilin, pencuci dan sebagainya. Oleh itu halal ke penggunaan produk-produk tersebut.

Terima kasih.


message user image

Jawapan  

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العلمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan puan, seandainya diketahui sumber minyak masak terpakai itu dari sumber yang haram atau tidak halal, maka penggunaan minyak masak tersebut adalah dilarang. Namun sekiranya punca atau sumber minyak masak terpakai itu tidak diketahui, maka ia mengambil hukum asal sesuatu perkara iaitu suci dan harus untuk digunakan selama diketahui selamat dan tidak mendatangkan kemudharatan. Ini berdasarkan kepada kaedah Fiqah:

الأصل في الأشياء الطهارة

Maksudnya: Asal (hukum) sesuatu perkara itu adalah suci.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2022
Jumlah Pelawat : 415

message user image