Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalam Uztaz,
Saya baru sahaja refinance rumah dah mendapat sejumlah wang 'cash out' hasil daripada proses tersebut.
Adakah wang tersebut perlu di bayar zakat?
Mohon pencerahan.
Terima kasih,
Farizal.
Jawapan
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
الحمد لله رب العلمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد
Wang atau 'cash out' hasil daripada proses pembiayaan semula (refinance) rumah wajib dikenakan zakat apabila memenuhi syarat wajib zakat iaitu cukup nisab (kadar harta yang diwajibkan zakat) dan haul (tempoh setahun qamariah dalam simpanan).
والله أعلم بالصواب