BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, saya ada kemusykilan tentang jari yang dicelup dakwat semasa mengundi tempoh hari. Ini kali pertama saya mengundi. Jadi saya tertanya-tanya adakah sah solat saya dan mandi wajib saya selagi ada warna dakwat tersebut di jari saya kerana saya rasa, selepas beberapa hari baru dakwat tersebut menggelupas. Adakah dakwat ini serap air? Terima kasih ustaz. 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام و رحمة الله وبركاته

...الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه

Penggunaan indelible ink atau dakwat kekal adalah harus dan dibenarkan dari aspek syarak kerana ia tidak akan menimbulkan sebarang masalah kepada ibadah umat Islam. Ini kerana Indelible Ink tidak mengandungi bahan najis yang diharamkan oleh syarak, tidak memberi kesan mudarat dan tidak menghalang air untuk sampai ke kulit (telap air) apabila digunakan.

Ketetapan Ini telah  diputuskan dalam  Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) yang bersidang pada 11 Januari 2012 mengenai hukum penggunaan indelible ink yang  digunakan sempena pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) yang lalu..

Untuk makluman puan juga, keputusan ini juga dikeluarkan oleh MKI ini setelah mengambil kira pembentangan laporan analisis kimia, taklimat dan penjelasan daripada Jabatan Kimia serta penjelasan daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). 

Dengan keputusan ini, dimohon semua pihak tidak lagi khuatir dan ragu-ragu tentang keharusan penggunaan dakwat kekal ini yang telah dibenarkan oleh syarak. 

 والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2022
Jumlah Pelawat : 152

message user image