BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Saya ada kemusykilan mengenai status perkahwinan saya. Saya sudah berkahwin selama 9 tahun dengan seorang isteri dan dua orang anak yang masing2 berusia 9 tahun dengan 6 tahun. Isteri saya merupakan anak kedua dari dua orang adik beradik, dengan arwah bapanya dan ibunya bercerai pada masa isteri saya berusia 5 tahun. Baru baru ini kami baru mendapat tahu semasa ibu isteri saya mahu bercerai dengan arwah bapa isteri saya, dia telah lari meninggalkan rumah dengan mengikut lelaki lain dan meninggalkan surat yang mengatakan bahawa isteri saya merupakan bukan anak arwah bapa isteri saya. Saya ada kemusykilan mengenai status perkahwinan saya, kerana isteri saya kini disyaki bukanlah anak arwah bapanya.Semasa kami bernikah, kami bernikah dengan Jurunikah negeri (Selangor) dimana jurnikah itu ada menghubungi arwah bapa isteri saya yang tidak dapat hadir akibat sakit (di Johor), dan arwah bapa isteri saya tidak pula tidak mengaku isteri saya bukan anaknya. Selama kami suami isteri berhubung dengan arwah ayah isteri saya pun tidak pula ditimbulkan cerita ini dan cara dia melayan isteri saya pun seperti dia melayan seorang anaknya. Apakah status perkahwinan kami, dan anak anak kami?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, pernikahan tuan dan isteri pada masa tersebut jika telah memenuhi semua rukun dan syarat nikah, maka sahlah nikahnya. Memandangkan pihak Jurunikah pada masa itu juga telah menghubungi arwah bapa isteri, dan tiada dakwaan atau pengakuan dari bapa isteri yang mengatakan bahawa isteri tuan bukanlah anaknya. Maka tidak perlu diragui. Walau bagaimanapun, jika terdapat pengakuan daripada pihak ibu kepada isteri tuan, dan telah dijalankan ujian DNA bahawa isteri tuan bukanlah anak kepada arwah bapanya, maka nasab isteri tuan adalah kepada ibunya. Namun, perkara ini perlukan siasatan lanjut kerana ia melibatkan nasab dan pusaka. Tuan dinasihatkan agar berhubung terus ke Bahagian Undang-Undang Keluarga, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di talian 03-55143468/ 03-55143596 agar siasatan lanjut dapat dilakukan. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 148

message user image