BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum.

Saya ada sedikit kemusykilan:

Sewaktu selesai membuang air kecil selalunya saya akan pastikan air kencing betul betul habis keluar. Kemudian lakukan kemutan bbrp kali utk keluarkan sisa air kencing dan kemudian berdehem. Setelah itu, saya akan membasuh mengunakan air paip sehingga bersih iaitu lebih dari tiga kali. Setelah selesai memakai seluar dan keluar dari tandas. Terdapat sedikit keraguan di situ, di mana seluar dalam dan kemaluan pada masa tu berada dalam keadaan basah dan ia menimbulkan keraguan sama ada kebasahan itu adakah dari air basuhan tadi ataupun ada air kencing yg terkeluar. Kadang2 kemaluan yg basah bergeser dgn seluar dalam  dan terasa mcm air kencing yg keluar. Apabila check pada seluar dalam mmg dlm keadaan basah tak dpt dipastikan air ape. Perkara ini kadang kadang selalu terjadi. Apa yg patut sy lalukan? Kdg2 sy hanya abaikan tp risau jg dgn ibadah saya.
 

Terima Kasih 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Semoga tuan sihat sentiasa. Kami mengambil maklum terhadap persoalan yang telah dibangkitkan.

Hukum beristinjak atau mensucikan bahagian keluarnya najis selepas membuang air kecil atau air besar adalah wajib. Hadis daripada Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

اسْتَنْزِهُوا مِنَ الْبَوْلِ فَإِنَّ عَامَّةَ عَذَابِ الْقَبْرِ مِنْهُ

Maksudnya: Bersihkanlah air kencing. Sebab kebanyakan siksa kubur adalah kerana air kencing. 

Adapun kesan basah basuhan istinjak pada bahagian keluarnya najis, kemaluan serta sekitarnya adalah suci. Tuan tidak perlu meragui kesucian kesan basah basuhan tersebut sekiranya ia mengenai seluar dalam mahupun seluar. Namun seandainya tuan merasai sesuatu di dalam kemaluan, tuan hendaklah mencangkung semula lalu berdehem untuk mengeluarkan sisa air kencing yang mungkin ada dan beristinjak.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2022
Jumlah Pelawat : 140

message user image