BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum,

Saya ingin bertanya mengenai satu video game yang bername Genshin Impact. Di dalam game tersebut ada mata wang yang di panggil Primogems. Primogems ini boleh di dapati dengan cara membuka kotak di dalam game / membuat misi / mendapat hadiah dari pada player lain. Player tersebut haruslah menggunakan duit RM untuk memberi hadiah kepada player lain. Kegunaan Primogems ini untuk menikam di kedai dalam game tersebut. Adakah perbuatan ini di kira judi walaupun pemain tidak menggunakan duit RM yang sebenar? Mohon penjelasan.

Terima kasih sudi membace soalan ini.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاتة

الحمدلله رب العلمين والصلاة والسلام علي أشرف الأنبياء المريلين وعلي أله وصحبه أجمعين أما بعد

Mata Wang Digital seperti Primogems dalam permainan Genshin Impact dengan tujuan untuk mendapatkan barang-barang maya secara langsung atau rawak (menikam). Barangan yang diperolehi adalah pelbagai termasuk watak-watak, peralatan-peralatan dan sebagainya. Primogems lazimnya boleh didapati dari membuka kotak di dalam permainan tersebut atau melaksanakan misi atau mendapat hadiah dari pada pemain lain atau dibayar dengan wang sebenar.  

Merujuk persoalan tuan, hukum menikam di dalam permainan tersebut menggunakan Primogems yang dibeli dengan wang ringgit (wang sebenar) adalah haram kerana mempunyai unsur perjudian yang dilarang dalam agama kerana mempunyai unsur pertaruhan dan ia juga memiliki nilai. 

Adalah dinasihatkan supaya bermain permainan atas talian tanpa menggunakan wang sebenar bagi mengelakkan perbuatan pembaziran dan ketagihan dalam pembelian sehingga boleh mendatangkan kerugian (tiada manfaat) kepada pemain. Walau bagaimanapun, permainan atas talian tanpa menggunakan wang sebenar juga perlu berjadual supaya tidak sampai melalaikan.

Sekian, terima kasih. 

والله أعلم بالصو اب


Tahun Soalan : 2022
Jumlah Pelawat : 96

message user image