BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Salam tuan mufti.

Saya hendak bertanya isu najis. Jika seorang itu melakukan onani dan keluar air mazi & mani. Kemudian dia mandi. Selepas mandi dan memakai seluar dalam, dia terasa seperti ada cecair keluar dari kemaluan, akan tetapi tidak pasti kerana seluar dalam sememangnya sudah basah daripada air selepas mandi. Oleh itu adakah dikira najis? Bagaimana jika saya baring di katil dan tidak pasti jika seluar tadi akan memindahkan najis dalam keadaan basah? 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العلمين والصلاة والسلام علي أشرف الأنبياء المرسلين وعلي أله وصحبه أجمعين أما بعد

Jika seseorang melakukan onani lalu keluar air mazi dan air mani, maka wajib baginya mandi wajib. Jika selepas mandi terasa ada cecair keluar dari kemaluan, maka hendaklah dengan sedaya upaya mengenal pasti cecair yang keluar itu sama ada ia air mazi atau air mani melalui sifat-sifat yang ada. Jika didapati bahawa cecair itu adalah air mani, maka wajib baginya untuk mengulangi mandi wajib. Namun, jika didapati bahawa ia adalah air mazi, maka memadai baginya membasuh cecair tersebut tanpa perlu mandi wajib. 

Walau bagaimanapun, jika ragu-ragu atau tidak pasti sama ada terdapat cecair yang keluar atau tidak, maka kembali kepada hukum asal iaitu tidak ada cecair yang keluar. Kaedah Fiqah mengatakan bahawa:

الأصل العدم

Maksudnya: Asal (sesuatu perkara) adalah tiada.

Maka cecair itu adalah kesan basah air mandi dan ia adalah suci. 

والله أعلم بالصواب

 


Tahun Soalan : 2022
Jumlah Pelawat : 424

message user image