Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Assalamualikum ustaz. Saya nak tanya, jika lafaz taklik dinyatakan di dalam aplikasi whatapps berbunyi "Jika buka lagi Instagram dia, jatuh talak". Suami ada mempunyai hubungan dengan wanita lain, dan kerana tidak mahu saya syak yang tidak baik, beliau melarang saya untuk selidik/melihat instagraam berkaitan wanita tersebut. Kerana pada kali pertama saya melihat instagram wanita tersebut, wanita itu telah menggabungkan namanya dan nama suami beserta icon hati. Sebagai seorang isteri hancur rasaya hati bila melihat status tersebut. Kerana itu, suami taklik agar saya tidak tgok ig wanita itu lagi. Namun baru2 ni sy telah terlihat sekali lagi dan wanita itu masih lg menggabungkan nama mrk berdua. adakah lafaz taklik melalui whatapps itu sah? dan adakah sah lafaz cerai jika ayat di dalam whatapps suami menyatakan "kita bercerai la" dan ayat "kita bercerai talak satu". Terima kasih atas penjelasan ustaz.
Jawapan
Berikut merupakan jawapan bagi persoalan saudara: 1) lafaz yang dikatakan tersebut merupakan lafaz taklik, jika isteri melakukannya maka jatuhlah talak. 2) Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali ke-59 yang bersidang pada 27 Ogos 2003 telah membincangkaan Penceraian Melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS). Muzakarah telah memutuskan bahawa: a) Talak dalam bentuk tulisan yang jelas darpada suami yang ditujukan kepada isterinya secara khusus seperti melalui Whatapps, faksimili, SMS, e-mel dan sebagainya merupakan talak secara kinayah dan ianya adalah sah sekiranya disertai dengan niat. b) Semua penceraian hendaklah dikemukakan kepada mahkamah syariah untuk menthabitkan talak tersebut. c) Talak yang dilakukan dengan menggunakan alat komunikasi moden adalah kaedah penceraian yang tidak menepati adab penceraian yang digariskan oleh syarak. Sebaiknya, permasalahan ini perlu dirujuk segera bagi mengetahui status lafaz di Mahkamah Rendah Syariah yang berdekatan bagi mendapatkan penjelasan penjelasan yang lebih lanjut. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.