Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
apakah hukum makan darah ikan dan perut ikan yang belum dibersihkan.
Jawapan
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين أما بعد
Darah ikan adalah najis berdasarkan kepada dalil umum firman Allah SWT di dalam surah al-Maidah, ayat 3:
حُرِّمَتْ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةُ وَالدَّمُ وَلَحْمُ الْخِنْزِيرِ
Maksudnya: Diharamkan bagi kamu (memakan) bangkai, darah dan daging babi.
Begitu juga isi perut ikan, ia dianggap najis dan haram dimakan. Melainkan isi perut ikan kecil seperti ikan bilis maka ia dimaafkan atas sebab kesukaran untuk membersihkannya.
والله أعلم بالصواب