Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalammualaikum,
Pada 5 tahun yang lalu, adik saya ada tetkencing malam di atas karpet. Pada ketika itu saya hanya membersihkan menggunakan kain lap sahaja dan mop sahaja. Saya juga tidak pasti sama ada air kencing tembus sehingga ke lantai ataupun tidak. Tapi baru saya tahu cara saya menyucikan itu tidak betul. Sekarang ni saya sudah lupa karpet mana yang dipakai dan bagaimana pula status kebersihan rumah saya? Apa patut saya buat?
Terima kasih.
Jawapan
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد
Merujuk kepada persoalan dari pihak tuan, perkara tersebut telah pun berlaku 5 tahun yang lalu. Sehubungan itu, tidak timbul lagi isu berkaitan najis tersebut. Tambahan pula, kedudukan atau tempat terkena najis tersebut tidak dapat dipastikan.
والله أعلم بالصواب