BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalammualaikum.

Tuan,

Sekarang ada game online,di mana peserta dikehendaki meneka  simbol Kecil/Besar.

Kecil atau besar...

Jika betul tekaan Maka akan mendapat sejumlah duit.

Setiap tekaan adalah 0.98 sen dikenakan  Dan jika tekaan betul dapatlah rm.1.96 ...setelah ditolak cukai...

Ramai yang sertai permainan ini & menanggap ini bukan Judi kerana ada signal dari satu pihak yang mengkaji sistem permainan tersebut yang memberi panduan keputusan  yg akan keluar.

Mohon  pandangan pihak tuan dalam hal ini bagi perkongsian ilmu.

 

Tk.

Assalammualaikum.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk persoalan saudara, semua jenis permainan sama ada secara fizikal atau dalam talian yang mengenakan caj atau yuran penyertaan atau apa-apa caj bayaran terlebih dahulu, maka permainan tersebut dikhuatiri mengandungi unsur perjudian yang diharamkan. Perjudian adalah haram sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Maidah ayat 90:

یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوۤا۟ إِنَّمَا ٱلۡخَمۡرُ وَٱلۡمَیۡسِرُ وَٱلۡأَنصَابُ وَٱلۡأَزۡلَـٰمُ رِجۡسࣱ مِّنۡ عَمَلِ ٱلشَّیۡطَـٰنِ فَٱجۡتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.

Berdasarkan kenyataan tuan, jelas permainan tersebut mengandungi unsur-unsur perjudian. Walaupun terdapat kaedah atau cara tertentu bagi mengetahui keputusan yang akan diperolehi, ia tidak menjadikan permainan tersebut diharuskan dan ia tetap suatu perjudian. Pihak tuan boleh merujuk Garis Panduan Peraduan Berasaskan Hadiah yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di pautan berikut: https://www.islam.gov.my/images/garis-panduan/garis_panduan_peraduan_berasaskan_hadiah.pdf

Sekian, terima kasih. 

والله أعلم بالصواب

 


Tahun Soalan : 2022
Jumlah Pelawat : 147

message user image