BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum Tuan Mufti,

Saya ingin bertanya apakah hukum menggunakan laman web seperti "random name generator" dan sewaktu dengannya, dalam membuat sesuatu keputusan.

Sebagai contoh, si fulan seorang yang tidak berkeyakinan tinggi dan 'indecisive' dalam membuat keputusan, dia terlalu bergantung kepada laman web seperti "random name generator" untuk menentukan keputusan terbaik dalam menjalankan kehidupan seharian seperti ingin makan di mana, ingin makan apa pada hari ini atau membuat pilihan pakaian dan sebagainya. Apakah hukum perbuatan beliau?

Terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه اجمعين أما بعد

Islam mengajar kita 2 cara di dalam usaha membuat sesuatu keputusan di dalam kehidupan, iaitu istikharah dan istisyarahIstikharah bermaksud memohon pertolongan serta petunjuk daripada Allah SWT untuk membuat sesuatu keputusan dengan mendirikan solat atau berdoa. Istisyarah pula bermaksud meminta nasihat atau pandangan orang lain bagi membantu di dalam membuat keputusan.  

Merujuk kepada situasi tuan, sesungguhnya tempat terbaik meminta pertolongan serta petunjuk adalah Allah SWT. Berdoalah kepada Alah SWT agar diberi kekuatan serta kemudahan di dalam membuat sebarang keputusan. Bacalah basmalah dan buatlah keputusan, kemudian bertawakal dan mintalah kebaikan serta keberkatan daripada keputusan yang dilakukan. Jauhilah daripada bersandarkan atau menggunakan sebarang alat mahupun aplikasi di dalam membuat pemilihan seperti yang dinyatakan dikhuatiri termasuk di dalam perbuatan yang diharamkan oleh syarak sebagaimana firman Allah SWT di dalam surah Al-Maidah ayat 90:

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالْأَنْصَابُ وَالْأَزْلَامُ رِجْسٌ مِنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.

والله أعلم بالصواب

 


Tahun Soalan : 2022
Jumlah Pelawat : 141

message user image