BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Saya telah di bedah di bahagian telinga pada bulan lepas sebabkan penyakit cholesteatoma,masalah saya sekarang,bagaimana saya hendak mandi wajib,telinga bahagian dalam masih belum sembuh sepenuhnya dan doktor beritahu jangan kena air sehingga appointment seterusnya kerana doktor khuatiri luka dalam akan terkena jangkitan kuman.selama lepas pembedahan tersebut saya hanya mandi dengan cara basahkan dulu rambut bahagian sebelah yang tidak dalam kawasan luka baru saya mandi basahkan badan dan bersihkan badan.saya tersangat buntu akan hal ni.tolong la saya beri jawapan.saya sekarang tengah dalam keadaan uzur (datang bulan) selepas ni saya tidak tahu bagaimana nak mandi wajib


message user image

Jawapan  

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العلمين والصلاة والسلام علي أشرف الأنبياء المرسلين وعلي أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan puan, selepas kering darah haid, puan tetap wajib mandi hadas besar dengan cara yang semampunya. Firman Allah SWT dalam surah at-Taghaabun ayat : 16,

فَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ مَا ٱسۡتَطَعۡتُمۡ

Maksudnya : Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah sedaya upaya kamu

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ada menerbitkan buku Panduan Bersuci dan Bersolat bagi Pesakit. Terdapat beberapa kaedah mengangkat hadas besar bagi pesakit berdasarkan kepada keadaan pesakit itu seperti berikut:

Cara bersuci daripada hadath besar ialah dengan mandi atau bertayammum bagi mengharuskan solat.

  1. Pesakit yang mampu mandi dan semua bahagian badannya boleh terkena air hendaklah mandi dengan niat mengangkat hadath besar. Jika tidak mampu mandi kerana kesulitan untuk bergerak umpamanya hendaklah bertayammum dengan niat mengharuskan fardhu solat dan setelah itu solat. Solat tidak perlu diulang.
  2. Pesakit yang disahkan oleh pegawai perubatan tidak boleh terkena air pada seluruh tubuh badan atau sebahagian besarnya hendaklah bertayammum dengan niat mengharuskan fardhu solat dan setelah itu solat. Solat tidak perlu diulang.
  3. Pesakit yang sebahagian besar badannya boleh terkena air sedangkan kecederaannya sedikit hendaklah mandi dan membasuh bahagian yang boleh terkena air mengikut kemampuan. Selebihnya hendaklah disapu dengan air. Setelah itu solat dan solat tidak perlu diulang.

          Jika air mandian tetap akan terkena pada kecederaan sekiranya pesakit mandi, ketika itu hanya perlu bertayammum dengan niat mengharuskan fardhu solat dan setelah itu solat. Solat tidak perlu diulang.

Berdasarkan penjelasan yang puan berikan, puan pada kategori pesakit yang ke-3. Seandainya kawasan luka itu berlapik, maka ratakan air pada seluruh badan dan memadai dengan menyapu di atas lapik itu sahaja. Seandainya luka tersebut tidak berlapik dan tidak boleh terkena air kerana akan memudharatkan, maka memadai dengan bertayammum.

Sila rujuk di laman rasmi JAKIM: 

https://www.islam.gov.my/images/ePenerbitan/panduan_bersuci_dan_bersolat_bagi_pesakit.pdf 

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2022
Jumlah Pelawat : 145

message user image