BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum Tuan/Puan,

1) Apa yang dimaksudkan dengan USAHA dalam Islam? Adakah usaha itu 100% pilihan yang saya buat ataupun usaha itu sudah ketentuan Allah S.W.T. sebab Dia yang gerakkan tubuh badan saya?  Yang  sama faham usaha adalah keseluruhannya pilihan saya dan tawakal baru saya serahkan kepada Allah untuk tentukan hasil usaha saya itu.

2) Apa TUJUAN UTAMA kahwin? Adakah salah jika saya katakan tujuan utama kahwin adalah untuk menghalalkan hubungan lelaki dan perempuan. 

Sekian, Terima kasih.

 

 


message user image

Jawapan  

 

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العلمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

  1. Usaha atau al-kasb (الكسب) itu datang dan atas pilihan manusia, namun usaha yang dilakukan itu berlaku dengan izin dan kehendak Allah SWT. Seperti seseorang menggunakan pisau untuk memotong sayur, tenaga yang digunakan untuk menggangkat pisau adalah tenaga yang dikurniakan oleh Allah SWT, dan pisau itu dapat memotong sayur adalah dengan izin dan kehendak Allah SWT jua. Dan sesungguhnya Allah SWT, Tuhan yang Maha Mengetahui lagi Bijaksana, mengetahui segala usaha yang akan dipilih oleh manusia. Ini adalah fahaman yang dipegang oleh Ahli Sunah wal Jamaah.

    Berbeza dengan fahaman Jabariyyah yang menafikan usaha atau al-kasb daripada manusia dan manusia tidak mempunyai kehendak dan tidak mempunyai pilihan untuk berbuat sesuatu. Segala perbuatan manusia adalah semata-mata atas paksaan Allah SWT.

    Manakala fahaman Qadariyyah pula meletakkan usaha atau al-kasb itu semata-mata pada manusia dan Allah SWT tidak mempunyai apa-apa kuasa terhadap perbuatan manusia. Kedua-dua fahaman Jabariyyah dan Qadariyyah ini adalah ditolak.

  2. Kenyataan Tuan bahawa tujuan kahwin adalah untuk menghalalkan hubungan lelaki dan perempuan adalah benar. Ia bertepatan dengan maksud pernikahan menurut syarak, sebagaimana yang dinyatakan di dalam kitab al-Yaqut al-Nafis fi Mazhab Ibn Idris iaitu  suatu akad yang membenarkan persetubuhan dengan lafaz nikah. Manakala di dalam kitab Qanun Al-Ahwal Al-Syahsiyyah, karangan Dr. Mahmud Ali Al-Syarthawi mencatatkan bahawa akad nikah bermaksud akad yang menghalalkan hubungan antara lelaki dan perempuan bagi membentuk keluarga dengan hak serta tanggungjawab tertentu. 

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2022
Jumlah Pelawat : 136

message user image