Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum Tuan/Puan,
1) Apa yang dimaksudkan dengan USAHA dalam Islam? Adakah usaha itu 100% pilihan yang saya buat ataupun usaha itu sudah ketentuan Allah S.W.T. sebab Dia yang gerakkan tubuh badan saya? Yang sama faham usaha adalah keseluruhannya pilihan saya dan tawakal baru saya serahkan kepada Allah untuk tentukan hasil usaha saya itu.
2) Apa TUJUAN UTAMA kahwin? Adakah salah jika saya katakan tujuan utama kahwin adalah untuk menghalalkan hubungan lelaki dan perempuan.
Sekian, Terima kasih.
Jawapan
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
الحمد لله رب العلمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد
Berbeza dengan fahaman Jabariyyah yang menafikan usaha atau al-kasb daripada manusia dan manusia tidak mempunyai kehendak dan tidak mempunyai pilihan untuk berbuat sesuatu. Segala perbuatan manusia adalah semata-mata atas paksaan Allah SWT.
Manakala fahaman Qadariyyah pula meletakkan usaha atau al-kasb itu semata-mata pada manusia dan Allah SWT tidak mempunyai apa-apa kuasa terhadap perbuatan manusia. Kedua-dua fahaman Jabariyyah dan Qadariyyah ini adalah ditolak.
والله أعلم بالصواب