BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum tuan mufti. Apakah hukumnya melabur dalam saham Levi Strauss (pembuatan pakaian) dan saham ini dikategorikan patuh syariah oleh MIDF Invest. Untuk makluman tuan mufti juga, syarikat Levi Strauss ini adalah milik keluarga keturunan Yahudi. Terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته 

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan,

Hukum asal melabur dalam syarikat yang dimiliki oleh orang bukan Islam adalah diharuskan dengan syarat perniagaan yang dijalankan oleh syarikat tersebut adalah sesuatu yang tidak bertentangan dengan syarak seperti perniagaan yang berkaitan arak, judi atau riba. Anda boleh juga boleh menyemak silang (cross check) dengan Suruhanjaya Sekuriti selaku agensi yang bertanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal di Malaysia. 

Namun sekiranya syarikat tersebut diketahui dengan pasti mempunyai kaitan secara langsung di dalam gerakan misionari seperti gerakan Kristianisasi, maka hendaklah dijauhkan kerana ia termasuk di dalam membantu pada perkara dosa dan kemungkaran. Sebagaimana di dalam firman Allah SWT di dalam surah Al-Maidah ayat 2: 

 وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ

Maksudnya: Dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.                   


Tahun Soalan : 2022
Jumlah Pelawat : 143

message user image