BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh. Semoga Tuan/Puan didalam rahmat Allah s.w.t. Saya Nur Farhana, 23, ingin bertanyakan, adakah produk kosmetik yang mengandungi Carmine/Cochineal/Natural Red 4/C.I. 75470/E120 (sejenis pewarna yang dikeluarkan oleh serangga) halal digunakan? Saya ada baca dari beberapa sumber yang mengatakan penggunaan secara luaran (eyeshadow, blusher, mascara) dibolehkan tetapi penggunaan lipstik yang memungkinkan pengguna termakan adalah tidak boleh. Mohon penjelasan dari mufti wilayah persekutuan. Disini juga saya sertakan pautan sumber tersebut. http://www.askimam.org/public/question_detail/22461#_ftnref2Segala kerjasama Tuan/Puan didahulukan dengan ucapan terima kasih. Assalamualaikum.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, bagi mengenalpasti sesuatu produk itu sama ada ianya halal atau tidak, dan sama ada ia produk dalam atau luar negara, hendaklah mendapat pengesahan halal dan melalui prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan halal di Malaysia iaitu Bahagian Hub Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Berkenaan substance bernama “carmine” atau “E120” dalam bahan kosmetik terutamanya lipstik, puan bolehlah merujuk kepada bahagian tersebut untuk mengetahui kehalalan produk itu sama ada ia selamat dan halal digunakan atau tidak, kerana mereka adalah badan berautoriti dalam perkara ini. Merujuk kepada kenyataan media yang telah dikeluarkan oleh pihak JAKIM, mereka menjelaskan bahawa; “Tidak semua nombor E yang digunakan untuk membuat sesuatu produk makanan berasaskan dari sumber yang haram. Bahan-bahan aditif ini boleh bersumberkan tumbuhan, sintetik, mikrob, semulajadi, kimia dan haiwan”. Menurutnya lagi, “Sehubungan itu, sekiranya produk tersebut merupakan produk tempatan dan mendapat sijil Pengesahan Halal Malaysia, maka ia boleh digunakan tanpa was-was sekalipun mempunyai kod E-kod. Tetapi sekiranya produk tersebut bukan produk tempatan serta tidak mendapat sijil pengesahan halal Malaysia walaupun menggunakan e-kod yang sama, pengguna dinasihatkan agar berhati-hati dalam memilih produk tersebut”. Kenyataan media selanjutnya, puan bolehlah layari di link berikut: http://www.islam.gov.my/media-jakim/kenyataan-media/278-kenyataan-media-kp-jakim-berkenaan-penjelasan-kod-e-yang-dikaitkan-mengandungi-lemak-babi


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 89

message user image