BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalammualaikum saya ingin kan kepastian,Apakah hukum menziarah orang mati bukan beragama islam kerana family angkat saya cina anak dia masuk islam"suatu Hari sedara dia menginggal dunia dan saya pergi lalu mereka bagi satu lidi untuk si mati dan saya ambik dengan niat untuk menhormati si Mati kerana si Mati kawan saya"


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته     

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين أما بعد      

Harus bagi seseorang untuk menziarahi kematian orang bukan Islam terutamanya jika memiliki ikatan kekeluargaan seperti ibu atau ayah yang bukan Islam dengan syarat tidak terlibat dalam upacara keagamaan. Mengambil lidi (besar kemungkinan sebatang colok) yang diberikan hanya bagi meraikan majlis tanpa melibatkan upacara keagamaan seperti membakarnya adalah diharuskan. 

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 130

message user image