BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Ada kah Solat jika kain kita guna untuk Solat ada lah bekas Air Mazi yang sudah kering


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العلمين والصلاة والسلام علي أشرف الأنبياء المرسلين وعلي أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan saudara, solat dengan memakai kain yang DIYAKINI terdapat kesan air mazi yang telah kering adalah tidak sah. Ini adalah kerana para Ulamak sepakat bahawa air mazi merupakan najis mutawasitah dan salah satu syarat sah solat adalah suci daripada najis. Air mazi yang telah kering dianggap sebagai najis hukmi yang wajib disucikan.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 169

message user image