BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum Yg Berbahagia sohibusamah Tn Mufti, saya Abdul Rahim Osman dari Klang, ada kemuskilan, saya ada buat tempahan kabinet dapur untuk rumah baru saya pada tahun 2017 yang lalu daripada syarikat bukan islam di Subang Jaya. Setelah berbincang saya bersetuju dengan harga diletak RM16,000 dengan syarat2 Jenis, warna,  spec kabinet yang dipersetujui. Kabinet ini kemudiannya ditempah oleh syarikat kepada kilang di China. Walaubagaimanapun bila kabinet siap dan sampai sini namun warnanya bukan seperti yang ditempah. Saya terima aja biarpun hati tak berapa setuju. Maka kabinet barupun dipasang tapi tidak siap sepenuhnya. Para- para kabinet tidak dipasang, dapur masak tidak dipasang dan sinki bocor kemudiannya. Saya bayar RM8000 masa pasang itu, jadi ada Baki RM8000 lagi. Namun begitu kabinet tersebut tidak disiapkan sepenuhnya. Puas berapa Kali saya talipon minta dia siapkan. Sampai berapa kali saya kena keluar pejabat setelah buat appointment dengan dia tapi dia tak datang untuk menyiapkan kabinet tersebut hingga berbulan- bulan. Says kemudian panggil kontraktor melayu untuk menyiapkan kerja2 yang kontraktor sebelum ini tak siapkan. Kontraktor melayu ini amat berpengalaman pernah bekerja dengan tauke cina. Beliau bagitahu saya jenis kabinet kami bukan lah jenis nyatoh tapi jenis tampalan kertas laminated dan tak berkualiti. Harganya pun hanya sekitar RM8000 lebih. Saya tidak bagitahu nya harga sebenarnya kabinet Itu kepada kontraktor melayu ini. Untuk kerja2 nya saya bayarnya dekat RM900. Daripada penjelasannya rupanya kami telah ditipu jenis kabinet bukan sebagimana sepatutnya. Saya tak bagitahu ini kepada kontraktor bukan bumi Itu tapi saya minta dia datang untuk selesaikan namun tetap tak datang. Malah tak pernah datang dan tak pernah hubungi saya sekian lama. Hinggalah baru2 ini saya cari kedainya dan kilangnya pun dah tak ada lagi. Nombor talipnnya pun dah tidak aktif lagi. Persoalannya bagaimana saya nak selesaikan bayaran ini dan apa sepatutnya saya buat. Boleh lah saya bagi sahaja duit Baki dalam RM7100 tu ke Baitulmal untuk penyelesian baki ini. Mohon bantuan Sohibusamah Tn mufti untuk bantu saya menyelesaikan masalah ini termasuk ditipu dan kontraktor bukan bumi yang tidak bertanggungjawsb untuk menyiapkan kabinet saya dan banyak perkara kami laluu dengan hal kabinet ini.  Terima kasih.

 

Abdul Rahim bin Osman. 

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, perjanjian asal yang dibuat bersama dengan syarikat bukan Islam merupakan perjanjian yang sah dan ia perlu dipatuhi oleh kedua-dua pihak. Sekiranya berlaku perlanggaran perjanjian maka perkara tersebut perlu dirujuk kepada perjanjian yang bertulis jika ada. Jika tiada perjanjian bertulis, maka bolehlah merujuk uruf kebiasaan yang diamalkan oleh industri pertukangan. Dalam Islam perlanggaran kontrak atau perjanjian boleh menyebabkan pihak yang melanggar kontrak didenda yang sepadan dengan perlanggaran yang dilakukan. 

Dalam kes ini kontrak telah pun dilanggar dari beberapa sudut iaitu barang yang pesan tidak sama seperti yang dipersetujui, kemudian pihak kontraktor juga tidak menyiapkan kerja-kerja pertukangan sebagaimana yang sepatutnya dilakukan. Pelanggaran yang jelas ini boleh menyebabkan kontraktor tersebut hilang hak untuk mendapatkan bayaran penuh daripada jumlah asal yang dijanjikan dalam perjanjian.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.                                                                     


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 142

message user image