Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Salam,
Saya ada mengambil servis satu website syarikat penyewaan rumah untuk menyewakan rumah saya. Salah satu kelebihan syarikat ini adalah penyewa tidak perlu membayar deposit, Tetapi syarikat itu berkerjasama dengan syarikat insurans konventional untuk memberikan perlindungan kepada tuan rumah. Tuan rumah perlu membayar premium kepada syarikat insurans tersebut.
Soalan saya, jike terdapat kerosakan dirumah dan saya perlu membuat tuntutan kos pembaikan dan syarikat insurans membayar kos tersebut, adakah duit tersebut boleh saya terima? Contohnya premium adalah RM1,000 dan kos pembaikan adalah juga RM1,000. Adakah saya boleh menerima wang tersebut keseluruhanyya atau tidak boleh langsung walaupun telah membayar premium sejulah RM1,000 itu?
Bagaiman pula jika premium dibayar kepada syarikat insurans adalah RM1,000 dan kos kerosakan adalah RM2,000? Adakah saya sekurang-kurangnya boleh mengambil wang RM1,000 (hanya wang premium yang telah dibayar) dan menderma RM1,000 lebihan wang tersebut?
Mohon pencerahan, terima kasih.
Jawapan
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MJFK) telah memutuskan hukum dalam beberapa siri persidangan yang membahaskan status insurans konvensional. Secara umumnya semua jenis insurans konvensional adalah HARAM disebabkan mempunyai unsur-unsur:
Sekiranya memang jelas, pihak tuan yang membayar premium sama ada secara lumsup atau bulanan di dalam skim insuran tersebut, ia adalah perbuatan yang dilarang kerana ia dianggap membantu di dalam perkara yang ditegah di dalam agama Islam. Allah SWT berfirman dalam Surah al-Maidah ayat 2:
وَتَعَاوَنُوا۟ عَلَى ٱلۡبِرِّ وَٱلتَّقۡوَىٰۖ وَلَا تَعَاوَنُوا۟ عَلَى ٱلۡإِثۡمِ وَٱلۡعُدۡوَ ٰنِۚ
Maksudnya: Dan hendaklah kamu tolong-menolong dalam membuat kebajikan dan ketakwaan. Janganlah kamu bertolong-tolongan dalam melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan.
Anas bin Malik RA meriwayatkan, Rasulullah SAW turut bersabdaa:
طَلبُ الحَلالِ وَاجِبٌ على كلِ مُسلِم
Maksudnya: Mencari yang halal adalah suatu kewajipan ke atas setiap Muslim. (HR at-Tabrani)
Kesimpulannya, perkara ini tidak termasuk dalam dharuriyat iaitu kepentingan utama sehingga tiada cara untuk menolaknya. Adapun pilihan tetap ada dan dimohon kepada pihak tuan mencari syarikat penyewaan rumah yang boleh menawarkan perlindungan takaful. Keharaman bermula dengan tuan membayar premium konvensional dan pastinya hasil atau faedah yang yang diperolehi juga mengambil hukum yang sama.
Merujuk soalan yang diajukan, bagi. situasi 1, ia adalah dibenarkan kerana ia mengambil kira jumlah wang yang telah dibayar kepada syariakan. Manakala bagi situasi ke-2, lebihan duit yang diterima perlu diserahkan kepada Baitulmal sebagai wang tidak patuh syarak.
والله أعلم بالصواب