BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Berkenaan dengan SERTU, adakah non-muslim atau orang bukan Islam boleh melakukan SERTU? 

Dan adakah proses itu sah sekiranya dilakukan mengikut panduan sertu yg betul.


message user image

Jawapan  

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العلمين والصلاة والسلام علي أشرف الأنبياء المرسلين وعلي أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan saudara, Islam amat mementingkan kebersihan serta kesucian seharian. Adapun amalan sertu khusus untuk menghilangkan najis mughallazah. Oleh kerana proses sertu itu melibatkan hal halal dan haram peralatan, persekitaran dan seumpamanya, ia perlu dilakukan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa agama. Justeru, proses sertu perlu dipantau dan dilakukan oleh orang muslim agar ia dilakukan mengikut cara yang ditentukan oleh syarak. Tambahan pula ia adalah perkara ibadah. Saudara boleh merujuk Garis Panduan Sertu di laman web www.halal.gov.my atau https://halal.upm.edu.my/upload/dokumen/20170331122734garispanduansertu.pdf 

Saudara juga boleh dapatkan pandangan dan pemantauan halal melalui Unit Halal di Pejabat Agama Islam Daerah yang berhampiran tempat tinggal untuk proses sertu.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 125

message user image