Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum, maaf saya ingin bertanya,apakah hukum sekiranya seseorang itu menggunting bulu atau rambut secara tidak sengaja ketika sedang berihram?
Terima kasih atas kerjasama dan penjelasannya ya.
Jawapan
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين أما بعد
Di antara syarat ihram adalah larangan mencabut atau memotong mana-mana bulu yang ada pada tubuh badan seperti rambut dan bulu kemaluan. Namun sekiranya bulu tersebut gugur tanpa perbuatan orang yang berikhram, terlupa atau tidak sengaja maka ia tidaklah dikira sebagai melakukan perkara yang dilarang dalam ihram dan tidak dikenakan dam.
والله أعلم بالصواب