BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

assalamualaikum, saya ad pertanyaan sekiranya saya pernah membeli barang secara hutang tetapi tuan yang menjual sudah tidak dijumpai (tidak mempunyai nombor telefon dan alamat )untuk dilunaskan bayaran macam mana? saya perlu membayar hutang tersebut bagaimana


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: 

إِنَّ خِيَارَكُمْ أَحْسَنُكُمْ قَضَاءً

Maksudnya: Sesungguhnya yang paling baik di antara kalian adalah yang paling baik dalam membayar hutang. (Riwayat al-Bukhari)

Dalam hal ini, Islam sangat menggalakkan hutang dalam keadaan yang teratur dengan menulis setiap transaksi yang dijalankan bagi mengelakkan lupa dan sebagainya.

Dalam isu puan, sekiranya individu yang memberikan hutang tidak dapat dijejaki, usaha paling awal adalah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencari individu tersebut, atau warisnya sekiranya telah meninggal dunia. Jika gagal, puan boleh bersedekah atas nama individu tersebut mengikut nilaian hutang tersebut. Namun, jika puan berjumpa kembali dengan individu itu (pemberi hutang) jelaskan kepadanya berkenaan sedekah tersebut. Jika dia tidak redha akan perbuatan sedekah tersebut bagi menggantikan hutangnya, maka puan wajib melunaskan kembali hutang tersebut kepadanya.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 134

message user image