Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
AsSalam,Tuan nak tanya mengenai air mani suami masuk dalam faraj isteri tanpa persetubuhan,kena mandi wajib ke?
Jawapan
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد
Terima kasih atas pertanyaan yang diajukan. Perlu diketahui bahawa perkara yang mewajibkan seseorang untuk mandi hadas (mandi wajib) terbahagi kepada dua:
1) Khusus untuk wanita:
2) Perkara yang berkongsi antara lelaki dan perempuan:
Berdasarkan keterangan ringkas di atas, si isteri tidak perlu mandi wajib kerana tidak berlaku persetubuhan. Persetubuhan yang dimaksudkan ialah masuknya hasyafah (kepala zakar) ke dalam faraj atau dubur.
والله أعلم بالصواب