BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum tuan/puan, saya mempunyai persoalan. Saya bekerja sambilan dengan satu agensi menghantar makanan halal & non halal (delivery). Agensi ini membayar saya mengikut berapa "order" yang saya dapat (contohnya RM10 per order). Ada kala saya mendapat order untuk menghantar makanan halal dan adakala saya mendapat order untuk menghantar makanan non-halal. Persoalan saya, apa hukum gaji yg saya dapat ketika saya mendapat order untuk menghantar makanan haram (pork, bacon etc.)? Adakah ia haram serta merta? Ada segelinitr sahabat saya berkata gaji tersebut haram sama sekali, tetapi ada juga yang berkata sebaliknya tetapi keseluruhannya makanan non-halal akan dihantar kepada non-muslim. Jadi berbalik kepada persoalan saya, adakah haram jika saya menerima gaji tersebut atau halal? Dan jika haram, apa yang saya boleh buat dengan gaji tersebut (derma or etc?). Apakah saya boleh meneruskan pekerjaan sedemikian? Mohon penjelasan. Terima kasih.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan yang dikemukakan, haram hukumnya melakukan kerja untuk perkara-perkara yang haram seperti menyajikan makanan yang haram. Hasil pendapatan juga dikira haram. Seperti firman Allah dalam surah Al-Maaidah ayat 5: وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ “Dan janganlah kalian tolong menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran” Maka sebaiknya adalah dengan menghindari bekerja dengan syarikat yang menyediakan perkhidmatan seperti itu. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 193

message user image