BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Adakah benar suami dilarang mencium mata isteri? sila lihat video di link tiktok https://vt.tiktok.com/ZS867FWEc/


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk persoalan saudari, tiada dalil yang melarang atau menyuruh melakukan perbuatan mencium mata Isteri. Walau bagaimanapun, sekiranya perbuatan mencium mata isteri boleh mendatangkan kemudharatan (sakit) terhadap mata Isteri, maka haram melakukan perbuatan tersebut. Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Abbas RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: 

لَا ضَرَرَ وَلَا ضِرَارَ

Maksudnya: Tidak boleh melakukan perbuatan yang memudharatkan dan membalas kemudharatan dengan kemudharatan (secara batil). (Riwayat Ibnu Majah)

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.  


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 79

message user image