Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Salam ustazbmnta maaf Sy nak bertanya twntang hukum
Sy ada bermain forex dan Sy menggunakan duit Dari Sumbner yg halal bernilai 5 ribu kemudia Sy rugi.
Kemudian Sy tambah lagi modal dngan niat untuk mngambil balik semula modal yg telah Sy rugi tersebut. Bernilai 5 ribu tersebutdan Sy telah DPT smula modal yg say rugi tersebut tanpa ada keuntungan
Jadi apa hukum duit modal yg Sy ambil tersebut
T.kasih
Jawapan
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد
Merujuk kepada soalan yang diajukan, berikut adalah petikan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) berkaitan Hukum Perdagangan Pertukaran Matawang Asing oleh Individu Secara Lani (Individual Spot Forex) Melalui Platfom Elektronik
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) Kali Ke-98 yang bersidang pada 13-15 Februari 2012 telah membincangkan Hukum Perdagangan Pertukaran Matawang Asing oleh Individu Secara Lani (Individual Spot Forex) Melalui Platfom Elektronik. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:
Setelah mendengar taklimat dan penjelasan pakar daripada Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa Dalam Kewangan Islam (ISRA) serta meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah menegaskan bahawa perdagangan pertukaran mata wang asing (forex) oleh individu secara lani (individual spot forex) melalui platfom elektronik adalah melibatkan item ribawi (iatu mata wang) dan dari sudut fiqhiyyah ia tertakluk di bawah hukum Bay al-Sarf yang perlu dipatuhi syarat-syarat umum jual beli dan syarat-syarat khusus bagi Bay al-Sarf seperti berikut:
Syarat-syarat umum jual beli:
Syarat-syarat khusus Bay al-Sarf:
Selain memenuhi syarat-syarat tersebut, Muzakarah juga menegaskan bahawa operasi perdagangan pertukaran mata wang asing (forex) hendaklah bebas daripada sebarang unsur riba, elemen al-Salaf wa al-Bay (pemberian hutang dengan syarat dilakukan transaksi jual beli), unsur perjudian, gharar yang berlebihan dan kezaliman atau eksploitasi.
Berdasarkan kajian terperinci yang telah dilakukan, Muzakarah mendapati bahawa perdagangan pertukaran mata wang asing (forex) oleh individu secara lani (individual spot forex) melalui platfom elektronik mengandungi unsur-unsur seperti riba melalui pengenaan rollover interest, pensyaratan jual beli dalam pemberian hutang melalui leverage, qabd yang tidak jelas ketika transaksi pertukaran, penjualan mata wang yang tiada dalam pegangan dan spekulasi yang melibatkan perjudian. Selain itu ianya juga tidak sah dari sisi undang-undang Kerajaan Malaysia.
Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa perdagangan pertukaran mata wang asing (forex) oleh individu secara lani (individual spot forex) melalui platfom elektronik yang ada pada masa ini adalah haram kerana ia bercanggah dengan kehendak syarak dan juga tidak sah dari sisi undang-undang negara. Selaras dengan itu, umat Islam adalah dilarang daripada melibatkan diri dalam perdagangan mata wang seumpama ini.
Muzakarah juga menegaskan bahawa keputusan yang diputuskan ini tidak terpakai ke atas urus niaga pertukaran mata wang asing menerusi kaunter di pengurup wang berlesen dan urus niaga pertukaran mata wang asing yang dikendalikan oleh institusi-institusi kewangan yang dilesenkan di bawah undang-undang Malaysia.
Berdasarkan keputusan di atas perbuatan melakukan urusniaga seperti yang telah diputuskan oleh Muzakarah adalah merupakan perbuatan yang wajib ditinggalkan kerana terdapat unsur-unsur riba dan unsur-unsur lain yang menyebabkan urusniaga tersebut boleh jatuh ke dalam perkara yang diharamkan.
Modal yang dikeluarkan adalah hak milik sah orang yang melabur tetapi hasil keuntungan yang diperolehi dari urusniaga FOREX adalah termasuk di dalam kategori wang tidak patuh syariah dan ia perlu diserahkan kepada Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri.
Tindakan menambah modal dengan niat untuk mendapatkan semula modal yang telah hilang atau rugi adalah suatu tindakan yang dilarang mengikut syarak. Ini adalah kerana hasil yang diperolehi tidak patuh syarak atau haram. Perumpamaannya adalah seperti bermain judi dan kalah atau hilang wang pertaruhan sebanyak 5 ribu. Adalah dilarang untuk bermain semula dengan niat untuk mendapatkan semula wang 5 ribu yang kalah itu tadi. Walaupun berjaya memperolehi atau menang 5 ribu, wang tersebut tetap haram.
والله أعلم بالصواب
Sekian, terima kasih.