Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum..saya ada 2 pertanyaan
1. Suami saya baru meninggal dunia pada 8hb 12.2022...2 bulan sebelum meninggal dia telah mengeluarkan keseluruhan wang kwsp kerana 55 tahun ..duit yang dapat ada yg telah suami belanjakan seperti bayar hutang, beli barang dab bagi pada anak anak...baki wang tersebut dimasukkan ke dalam simpanan ASB saya utk simpanan masa depan..persoalan saya adakah wang baki di ASB saya itu perlu difaraidkan
2. Soalan ke 2..suami ada beli kereta second guna loan pejabat kakaknya dibawah nama pejabat dgn potongan dari gaji suami setiap bulan....sekarang saya sebagai isteri akan menyambung bayaran kereta tersebut dn bercadang bilandh habis bayar nak tukarkan nama saya sebagai pemilik...adakah kereta tersebut juga perlu difaraid
Jawapan
1. Wang KWSP yang dimasukkan oleh suami ke dalam simpanan ASB puan bergantung kepada niat suami berbuat demikian. Seandainya suami berniat hibah atau pemberian, maka ia adalah milik puan dan tak tidak perlu difaraidkan. Ini kerana pemberian tersebut dibuat oleh suami ketika hayatnya. Namun, seandainya niat suami adalah untuk menumpang akaun puan, maka ia adalah harta pusaka yang wajib difaraidkan.
2. Seandainya puan menyambung bayaran kereta tersebut, maka kereta tersebut akan menjadi milik bersama antara puan dan suami. Kirakan nisbah pemilikan kereta tersebut antara suami dan puan berdasarkan bayaran yang suami dan puan telah keluarkan, kemudian nilaikan nisbah yang dimiliki oleh suami puan berdasarkan harga semasa kereta tersebut. Nilai itulah yang wajib difaraidkan dan kereta itu menjadi milik puan sepenuhnya. Puan layak untuk menuntut hak harta sepencarian terhadap nilai yang perlu difaraidkan seandainya puan turut memberi sumbangan secara langsung atau tidak langsung terhadap pembelian kereta tersebut, di samping hak faraid.