BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum

Saya ada memberi ibu saya duit pada setiap bulan sehingga dia dapat menyimpan duit tersebut dalam amaun yang agak banyak.Adakah duit tersebut perlu dibahagikan secara faraid selepas kematiannya walaupun sumbernya hanya daripada saya seorang.Sekian, terima kasih


message user image

Jawapan  

 وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته        

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين أما بعد

Pemberian atau hibah adalah pindah milik sesuatu harta yang mempunyai nilai oleh pemilik ketika hidupnya kepada orang lain tanpa sebarang bayaran. 

Berbalik kepada soalan yang diajukan, setiap wang atau harta yang diberikan oleh  puan kepada orang lain termasuk ibu dan ayah adalah menjadi hak milik mereka secara mutlak. Oleh yang demikian, harta tersebut akan menjadi harta pusaka yang perlu dibahagikan menurut kaedah faraid selepas mereka meninggal dunia tanpa mengambil kira pemberi asal.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 155

message user image