BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalam ustaz, saya nak tanya, kalau seorang lelaki memecahkan dara seorang perempuan, dan lelaki yang memecahkan dara seorang perempuan itu menanggung dosa perempuan tersebut? Tetapi jikalau perempuan tersebut berkahwin dengan lelaki lain, adakah lelaki yang memecahkan dara perempuan tersebut menanggung dosa nya ataupun suaminya akan menanggung dosanya? Saya harap ustaz boleh jawab, terima kasih.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudari, Hukum asalnya, setiap orang bertanggung jawab atas dosa yang ia perbuat, dan seseorang tidaklah diwajibkan bertanggung jawab atas dosa yang diperbuat oleh orang lain seperti firman Allah S.W.T di dalam surat al-An’am ayat 164 : وَلا تَزِرُ وَازِرَةٌ وِزْرَ أُخْرَى Maksudnya: “dan seorang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain..." والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 2511

message user image