BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Saya ingin bertanya , Berapakah talak akan jatuh , semasa suami melafazkan talak lebih 3 kali pada waktu yang sama . 

Semoga kemusykilan saya terjawab , Terima kasih 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

 Merujuk kepada persoalan yang diajukan, terdapat beberapa keadaan:

1. Jika di antara satu lafaz talak dengan lafaz talak berikutnya diselanggi dengan diam yang lebih daripada diam bernafas atau diselanggi dengan perkataan yang berkaitan dengan talak tersebut walaupun sedikit, maka boleh menyebabkan jatuh talak 3.

2. Jika lafaz talak itu diucapkan secara berterusan tanpa selang seperti suami mengucapkan: "Aku ceraikan engkau, aku ceraikan, aku ceraikan engkau". Bergantung kepada niat suami. Seandainya dia berniat tiga talak, maka jatuhlah tiga talak. Namun sekiranya dia berniat , ia sebagai menguatkan atau mengulang apa yang dia ucapkan, maka ketika itu jatuh satu talak sahaja.

Walaubagaimana pun, adalah disyorkan agar puan atau suami puan merujuk kepada Mahkamah Syariah yang berhampiran bagi melaporkan dan membuat pengesahan terhadap perkara tersebut dalam kadar yang segera sebagaimana yang dijelaskan di dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor (EUUKIS) 2003 di bawah Seksyen 57, memandangkan urusan pengesahan perceraian adalah merupakan bidang kuasa Mahkamah Syariah.

والله أعلم بالصواب

 


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 120

message user image