BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum..

 

Sekiranya saya berhutang (tanah) dgn arwah semasa dia hidup dan kedua2 telah bersetuju jika berlaku kematian maka wakafkan hutangnya itu atas nama arwah. Adakah selesai hutang saya itu setelah saya mewakafkannya atau hutang tersebut jatuh sebagai pusaka kerana waris masih ade atas kerana tanah dan bukan emas, duit dan sebagainya..


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, persetujuan yang telah dicapai ketika hidup antara dua pihak adalah mengikat walaupun salah satu pihak telah meninggal dunia. Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

المسلمونَ على شروطِهم 

Maksudnya: Orang Muslim itu dipegang atas perjanjian (yang telah dipersetujui). (Riwayat Abu Daud)

Secara asasnya hutang tersebut merupakan harta peninggalan arwah yang wajib difaraidkan tetapi dengan wujudnya wasiat dari si mati maka ia perlu dilaksanakan sebagaimana diwasiatkan dengan syarat hutang tersebut tidak melebihi satu pertiga dari keseluruhan harta peninggalan si mati. Oleh itu, seandainya ia memenuhi syarat wasiat seperti yang dinyatakan, maka perjanjian pembayaran hutang dengan kaedah mewakafkan hutang tersebut adalah sah disudut syarak dan ia perlu dilaksanakan sebagaimana dipersetujui. Wang tersebut perlu diserahkan kepada Pihak Berkuasa Agama yang menguruskan hal ehwal wakaf di tempat tinggal tuan. Jika di Selangor ia boleh diserahkan kepada Perbadanan Wakaf Selangor.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.                                                                     


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 127

message user image