BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalammualaikum ustazah, harap ustazah sudi menjawab kekeliruan sy dalam masalah haid. Sebelum ini sy menggunakan perancang keluarga implant dan hampir 1tahun setengah sy tak period. Dlm beberapa bulan selepasnya sy start period dan period sy dtg 2 kali dlm sebulan. Pada awalnya sy berpegang kpd hukum yg selepas hari ke 15 adalah darah kotor dan wajib solat tp baru2 nie sy ada ke klinik dan menyatakan masalah sy kpd seorg doktor perempuan dan beliau berpendapat ianya adalah masalah hormon dan darah yg keluar 2 kali sebulan itu adalah darah period dan tidak perlu solat semasa darah keluar. Ini menimbulkan kekeliruan dgn hukum yg saya ikuti sebelumnya. Sebelum memakai impalnt sy tidak mempunyai masalah period. Mohon pendapat ustazah berkenaan hal ini. Terima kasihh.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العلمين والصلاة والسلام علي أشرف الأنبياء المرسلين وعلي أله وصحبه أجمعين أما بعد

Berdasarkan kepada situasi yang puan nyatakan, pendarahan yang berpanjangan perlu dikira dari hari pertama hingga hari keenam atau ketujuh sahaja sebagai darah haid. Manakala yang selebihnya adalah darah istihadah. Ini berdasarkan kepada hadis yang diriwayatkan daripada Hamnah binti Jahsyin RA katanya yang bermaksud:

Dia pernah mengadu kepada Rasulullah SAW: "Saya mengeluarkan darah haid yang cukup banyak. Maka saya berjumpa Rasulullah SAW untuk bertanyakan kepadanya. Saya berjumpa Baginda di rumah kakak saya Zainab binti Jahsyin. Saya berkata begini: "Ya Rasulullah, saya mengeluarkan darah haid yang cukup banyak, maka apa pendapat tuan dalam hal ini? Darah ini menghalang saya untuk mengerjakan solat dan puasa. "Mendengar itu, Rasulullah menjawab: "Saya cadangkan kamu memakai kapas ataupun kain perca bagi menghalang darah daripada mengalir". Hamnah berkata: "Darah itu lebih deras daripada itu." Rasulullah bersabda lagi: "Sekiranya begitu, sumbatlah menggunakan kain. "Hamnah berkata: "Itu pun tidak berkesan." Rasulullah bersabda: "Pakai kain dan ikatkan". Hamnah berkata: "Begitu pun darah masih mengalir." Rasulullah bersabda: "Saya akan menyuruh kamu melakukan dua perkara. Apa pun yang kamu kerjakan terpulanglah kepadamu. Ini sebenarnya gangguan syaitan. Oleh itu, sekiranya kamu tidak tahu berapa hari masa haid dan masa suci, anggaplah kamu haid selama enam ataupun tujuh hari dan mandilah selepas itu".  (Riwayat al-Tirmizi) 

Kiraan haid pada situasi tersebut sehingga hari keenam atau ketujuh sahaja berdasarkan kepada kebiasaan. Selebihnya adalah darah istihadah

Puan disarankan untuk merujuk perkara tersebut kepada doktor perubatan. Dikhuatiri seandainya ia berterusan akan mendatangkan kemudharatan kepada puan. Puan mungkin boleh mencari kaedah merancang keluarga yang lain yang serasi dengan puan. 

والله أعلم بالصواب

 

 

 


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 116

message user image