Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Apakah hukum seorang pengamal perubatan memberikan ubat pencegah jangkitan HIV (pre-exposure prophylaxis/PREP) kepada individu yang mengamalkan homoseksual dalam keadaan pengamal perubatan menyedari bahawa kajian menunjukkan tingkah laku homoseksual tetap tinggi malah makin meningkat dengan penggunaan PREP?
PREP berkesan untuk mencegah HIV tetapi tidak boleh mencegah jangkitan seksual lain seperti syphilis dan sebagainya.
Jawapan
وعليكم ورحمة الله وبركاته السلام
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين أما بعد
Profilaksis Pra-Pendedahan atau Pre-Exposure Prophylaxis (PrEP) adalah sejenis ubat pencegahan HIV yang diambil oleh seseorang yang tidak mengidap HIV bagi mengelakkan diri dari dijangkiti HIV. Secara umum, pengambilan atau pemberian PrEP adalah diharuskan kepada pasangan suami isteri yang mana salah seorang daripada mereka telah dijangkiti oleh HIV apabila mereka melakukan hubungan suami isteri. Adapun pemberian kepada mereka yang diketahui mengamalkan cara hidup homoseksual adalah dilarang kerana ia dianggap sebagai bersubahat di dalam perkara dosa dan kemaksiatan.
والله أعلم بالصواب