BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum tuan mufti, 

Soalan saya ialah berkaitan dengan urusniaga sebuah syarikat telco yang menawarkan insurance konvensional kepada mana-mana pelanggan yg melanggan pelan internet yang ditawarkan. 

Jadi bagaimanakah hukumnya dengan orang yang menjadi penjual bagi syarikat itu ? Halal atau haram pendapatannya ? Kerana pada saya terdapat perkara yang diharamkan Islam iaitu wujudnya insurance konvensional.

Disini saya sertakan link untuk rujukan pihak tuan menilai persoalan saya dengan lebih jelas. 

https://youtu.be/sQljF8D7L0M

Terima kasih, mohon pihak tuan mufti memberi respon agar permasalahan saya moga dapat diselesaikan. 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MJFK) telah memutuskan hukum dalam beberapa siri persidangan yang membahaskan status insurans konvensional. Secara umumnya semua jenis insurans konvensional adalah HARAM Disebabkan mempunyai unsur-unsur:

  1. Mengandungi gharar (ketidak-tentuan)
  2. Mengandungi unsur judi.
  3. Mengandungi muamalah riba.

Pihak telco sebagai majikan adalah pihak yang bertanggungjawab menyediakan perlindungan tersebut dengan melantik pengendali insuran konvensional. Bagi pekerja yang ditugaskan untuk membuat promosi mahupun penjualan produk insuran konvensional tersebut adalah dianggap bersubahat atau membantu di dalam perkara yang dilarang oleh agama. Oleh itu pendapatan atau upah yang diperolehi mengandungi unsur syubhah. Ini bersesuaian dengan firman Allah SWT di dalam  surah al-Maidah ayat 2:

 وَتَعَاوَنُوا۟ عَلَى ٱلۡبِرِّ وَٱلتَّقۡوَىٰۖ وَلَا تَعَاوَنُوا۟ عَلَى ٱلۡإِثۡمِ وَٱلۡعُدۡوَ ٰ⁠نِۚ 

Maksudnya: Dan hendaklah kamu tolong-menolong dalam membuat kebajikan dan ketakwaan. Janganlah kamu bertolong-tolongan dalam melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan.

والله أعلم بالصواب

 

 


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 137

message user image