BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum wbt. Saya ada soalan berkaitan zakat. Ayah saya telah membuka akaun bank simpanan untuk saya sejak kecil dan terkumpul duit simpanan di dalam akaun tersebut selama beberapa tahun. Jika kini saya semak semula dan dapati ianya telah melebihi kadar nisab adakah duit simpanan tersebut perlu dizakatkan?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام و رحمة الله وبركاته

...الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه

Nisab wang simpanan adalah berdasarkan kepada nilai semasa nisab emas iaitu 20 mithqal (85 gram). Nilai ini boleh berubah berdasarkan kepada harga semasa emas. Sebagai contoh nisab wang simpanan bagi tempoh Januari hingga Julai 2023 adalah RM20,978.00.

Untuk mengetahui nilai semasa nisab wang simpanan, sila rujuk laman sesawang Pusat Zakat Selangor: https://www.zakatselangor.com.my/info-terkini-nisab-emas-dan-perak/ 

Kadar zakat wang simpanan yang dikenakan adalah sebanyak 2.5% ke atas jumlah baki terakhir dalam tempoh setahun simpanan sekiranya cukup nisab dan haul. Zakat wang simpanan perlu dikeluarkan setiap tahun seandainya ia memenuhi syarat wajib iaitu cukup nisab dan haul. Bagi tahun yang berlalu, sekiranya zakat tidak dikeluarkan, maka ia wajib diqada'.  

Merujuk kepada soalan saudari, wang simpanan tersebut wajib dikenakan zakat sekiranya mencukupi syarat iaitu cukup nisab dan haul sebagaimana yang dinyatakan di atas. 

 والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 47

message user image