BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum saya ingin bertanya jika saya duduk di Sri iskandar perak kemudian saya pergi ke rawang Selangor untuk 1 Hari kerana ada hal dan saya melakukan solat jamak kemudian saya pergi ke lumut perak selama dua Hari satu malam sebelum balik ke Sri iskandar. Adakah boleh saya teruskan solat jamak pada waktu itu?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العلمين والصلاة والسلام علي أشرف الأنبياء المرسلين وعلي أله وصحبه أجمعين أما بعد

Puan boleh terus menunaikan solat secara jamak dan qasar semasa berada di Lumut, Perak kerana puan masih di dalam tempoh permusafiran. Seseorang yang bermusafir diharuskan untuk melakukan solat secara jamak dan qasar selama berada di tempat yang dituju sekiranya dia berniat untuk tinggal di situ tidak melebihi 3 hari tidak termasuk hari tiba dan hari meninggalkan tempat tersebut. Sekiranya dia berniat untuk tinggal di tempat itu melebihi 3 hari, tidak termasuk hari tiba dan hari keluar, maka dia tidak diharuskan untuk menunaikan solat secara jamak dan qasar setibanya di tempat itu.  

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 130

message user image