Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum,...saya ingin bertanya tentang beras yg disedakah kan kepada madrasah......boleh kah jual beras yg disedekah kerana takut rosak n menyebabkan membazir...n Klau boleh MCM mana cara menjual n duit daripada tu...adakah wajib beli beras pula....@ boleh beli makanan2 lain
Jawapan
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين أما بعد
Beras yang disedekahkan kepada pihak madrasah hendaklah digunakan sebaiknya bagi manfaat penghuni/ pelajar. Sekiranya sumbangan beras yang diterima oleh pihak madrasah terlalu banyak dan bimbang akan rosak, pihak madrasah boleh untuk menjual beras terebut dengan harga pasaran manakala hasil jualannya boleh digunakan untuk membeli beras atau keperluan makanan yang lain bagi manfaat penghuni/ pelajar madrasah.
والله أعلم بالصواب