Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
1. Hukum onani untuk check kesuburan di makmal
2. Solat jemaah bertiga(lelaki) tetapi tidak kebelakang imam, sorang di kanan dan sorang di kiri..adakah sah solat nya?
Jawapan
وعليكم ورحمة الله وبركاته السلام
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين أما بعد
1. Harus bagi seseorang untuk beronani untuk mendapatkan sample air mani bagi tujuan pemeriksaan kesuburan kerana ia berkaitan dengan rawatan. Adapun beronani dengan sengaja bagi memenuhi syahwat semata-mata, maka ia merupakan perbuatan yang diharamkan.
2. Salah satu syarat sah solat berjamaah adalah kedudukan makmum tidak melebihi kedudukan imam. Sekiranya salah seorang makmum berada di sebelah kanan imam manakala seorang lagi di sebelah kiri imam, maka solat tersebut sah selagi makmum masih tidak melebihi kedudukan imam. Walau bagaimanapun, sekiranya tiada halangan tertentu, kedudukan yang afdhal adalah kedua-dua makmum berada di belakang imam dalam satu saf.
والله أعلم بالصواب