BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, saya ingn bertanya tentang kerja saya. Saya bekerja sebagai seorang jurutera lapangan untuk sebuah syarikat farmaseutikal yang membekalkan vaksin kepada haiwan. 90% daripada haiwan ternakan adalah daripada ayam manakala 10% daripadanya adalah untuk khinzir ternakan. Pekerjaan saya hanyalah memberikan latihan dan melakukan audit kepada pengguna vaksin haiwan dan membuat servis mesin vaksin (semburan dan alat cucuk). Saya cuba mengelak untuk menyentuh khinzir secara langsung atau tanpa memakai sarung tangan. Adakah pekerjaan saya haram dan saya perlu mencari kerja lain?

Terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Semoga tuan sihat sentiasa. Kami mengambil maklum terhadap persoalan yang telah dibangkitkan.

Pekerjaan tuan adalah sah dan halal. Adapun perihal memberi tunjuk ajar atau bimbingan berkenaan tatacara pemberian vaksin kepada khinzir adalah perkhidmatan yang harus diberikan supaya setiap perlaksanaan mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Tuan tidak perlu mencari pekerjaan lain.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 128

message user image