Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamulaikum,
Soalan saya,Seseorang yang hendak pergi menunaikan Umrah yang di taja oleh saudara @ kenalan,tetapi dia tidak berkemampuan darisegi kewangan duit poket sendiri,dan dia meminta derma @ meminjam duit dari kenalan yg lain.Apakah hukumnya?
Jawapan
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد
Merujuk kepada soalan yang diajukan,
Tiada halangan dari sudut syarak bagi seseorang meminta derma atau meminjam dari kenalan untuk mengerjakan umrah yang ditaja oleh saudara mara. Tetapi dengan syarat orang yang meminjam mempunyai pendapatan untuk melunaskan pinjamannya serta pinjaman yang dibuat tidak mempunyai unsur-unsur riba yang diharamkan dalam Islam.
Berdasarkan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor bertarikh 25 Mei 2006 memutuskan bahawa:
Adalah Harus seseorang berhutang untuk menunaikan haji atau umrah sekiranya diyakini mampu membayar balik hutang tersebut dan ia tidak menjejaskan kehidupan normalnya.
والله أعلم بالصواب
Sekian, terima kasih.