BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, saya ingin bertanya mengenai darah haid..saya datang darah haid bewarna koko dan merah dalam 2 ke 3 hari sahaja..selepas itu diikuti dengan warna kuning sehingga hari ke 15..saya baca bahawa warna kuning masih tidak boleh dibawa solat, jadi saya tidak solat sepanjang tempoh 15 hari..setelah itu saya solat seperti biasa..10 hari kemudian saya datang lagi darah haid bewarna koko..adakah itu dikira haid? Kerana tempoh selang antara haid tidak mencapai 15 hari lagi..tetapi kalau mengikit kalendar haid saya..tarikh tersebut memang seharusnya saya datang period cumanya apabila haid sebelumnya berpanjangan sehingga hari ke 15, jadi tempoh di antara 2 haid tidak sampai 15 hari..jadi bagaimana..adakah saya harus solat walaupon keluar koko? Selalunya setelah keluar koko..akan diikuti warna kuning sehingga berbelas2 hari..keputihan bewarna kuning boleh dikatakan hampir setiap hari keluar dlm sebulan..jadi saya keliru adakah hanya keputihan atau harus dikira darah haid kerana diandatang setelah darah koko turun..itu sahaja soalan saya, terima kasih:)


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العلمين والصلاة والسلام علي أشرف الأنبياء المرسلين وعلي أله وصحبه أجمعين أما بعد

Sekiranya tempoh keluar darah koko, merah dan kuning yang pertama mencukupi 15 hari dan tidak lebih, maka kesemua tempoh itu dikira sebagai tempoh haid. Manakala, darah koko yang datang pada hari ke 10 selepas daripada itu adalah darah istihadhah. Ini adalah kerana ia keluar dalam tempoh minimum tempoh suci iaitu 15 hari. Sekiranya darah koko berterusan keluar melebihi 15 hari daripada berhentinya darah kuning, maka hari yang ke 16 dikira sebagai permulaan tempoh haid yang baru. Tempoh darah yang keluar pada hari ke 10 hingga ke 15 dianggap sebagai darah istihadhah.

Namun sekiranya darah kuning keluar melebihi tempoh 15 hari, ini bermakna tempoh haid puan adalah tempoh darah koko dan merah keluar iaitu 3 hari sahaja. Manakala hari ke 4 hingga berakhir darah kuning keluar itu adalah darah istihadah. Memandangkan tempoh dari berakhir darah merah hingga keluar darah koko kali kedua adalah 21 hari (telah melebihi tempoh minimum suci 15 hari), maka hari ke 10 darah koko kedua keluar dikira sebagai permulaan haid yang baru.

والله أعلم بالصواب

 

 


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 225

message user image