BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum. Saya ada mendengar rakan saya membaca fatihah ketika solat. Akan tetapi di ayat akhir surah al-fatihah beliau membaca begini "ghairil maghduubi alaihim walad" (tarik nafas) dan terus sambung ke "dhaalin". Boleh ke begitu? Sah atau tidak sah fatihah beliau? Mohon pencerahan. Sekian terima kasih.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, bacaan al-Fatihah itu adalah wajib dalam solat. Namun, jika dibaca dengan kesalahan yang boleh menyebabkan berubah maksud, baris dan sebutan huruf, tidak sah solatnya. Wajib di qada’. Jika bacaan rakan saudara itu menyebabkan berubahnya maksud al-Fatihah, maka tidak sah solatnya. Sebaiknya jika nafas tidak sampai, bacaan al-Fatihah tersebut boleh berhenti pada ayat “غير المغضوب عليهم” kemudian baru sambung ayat “ولا الضآلين”. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 367

message user image