BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Soalan: Tinggi saya adalah 160cm, apakah hukum saya makan ubat peninggi yang membolehkan tinggi saya meninggkat antara 5-15cm? Adakah ianya haram?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudari, tidaklah menjadi haram jika kandungan ubat peninggi itu bukan dihasilkan dari sumber yang haram. Ia juga menjadi harus jika mengambil ubat peninggi itu bukan untuk mengubah ciptaan Allah SWT, bukan bertujuan untuk kecantikan dan keduniaan dan perkara-perkara yang menyalahi hukum syarak, malah berdosa hukumnya jika berniat sedemikian. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 258

message user image