BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum. Saya nak tanya berkenaan puasa. Baru-baru ini saya menggantikan puasa saya tahun lepas. Pada hari keempag saya dapati ada keluarnya setitis lendir berwarna merah jambu sebanyak 3 kali pada waktu yang berbeza iaitu waktu pagi dan tengah hari. Mengikut kitaran haid, pada hari kejadian, saya ada 2 hari lagi untuk datang haid. Dan saya pasti itu tanda untuk datang haid. Soalan saya adakah puasa itu terbatal ataupuh sah? 
 

Sekian, terima kasih. Assalamualaikum. 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العلمين والصلاة والسلام علي أشرف الأنبياء المرسلين وعلي أله وصحبه أجمعين أما بعد

Sekiranya sekiranya lendir atau darah berwarna merah jambu itu datang setelah melalui tempoh sekurang-kurang suci, iaitu 15 hari, kemudian tempoh darah keluar tidak mencukupi 24 jam, maka ia bukanlah darah haid dan puasanya sah. Namun, jika selepas daripada itu terdapat darah yang keluar dalam lingkungan 15 hari walaupun terputus-putus dan apabila dicampurkan kesemua masa tersebut ia melebihi 24 jam, maka keluarnya lendir atau darah berwarna merah jambu itu dikira sebagai permulaan haid. Maka, puasanya tidak sah.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 150

message user image