BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

As salam.

Semoga pihak Tuan/ Puan dirahmati Allah s.w.t. sentiasa.

Saya pernah melihat video Youtube Ustaz Azhar Idrus yang menyatakan bahawa lendir resdung yang keluar dari hidung adalah najis.

Adakah benar? Ini adalah kerana saya menghidap resdung dan kadang-kadang bersin di waktu pagi untuk menunaikan Solat Subuh dan menyebabkan lendir resdung ini keluar.

Adalah sukar bagi saya jika lendir resdung ini dikira sebagai najis jika bersin setiap kali ketika ingin menunaikan solat.

Semoga pertanyaan saya mendapat perhatian dan maklumbalas daripada pihak Tuan/ Puan.

Terima kasih.

Wassalam.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله و بركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه الأجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan yang diajukan.

Lendir resdung bukanlah dikategorikan sebagai najis sehingga boleh membatalkan solat. Solat yang dilaksanakan tetap dikira sah. Jenis-jenis najis yang boleh membatalkan solat adalah seperti darah, nanah, danur, arak, anjing dan keturunannya, babi dan keturunannya, semua jenis bangkai dan susu haiwan yang tidak boleh dimakan dagingnya. Lendir resdung boleh menjadi bernajis apabila didapati ia bercampur dengan darah atau nanah yang keluar bersama dari hidung. 

والله أعلم بالصواب 


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 183

message user image