Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum ustaz.. maaf mengganggu.. saya dah setahun berkahwin dan alhamdulillah dikurniakan anak lelaki yg berusia 2 bulan lebih.. saya nak tanya, saya pernah beritahu secara wassap pada isteri saya, "kalau rasa tak bahagia, dan tak boleh teruskan, fail kan permohonan dan abg akan turuti".. soalan saya adakah jatuh talak di situ? Ada beberapa kali saya katakan begitu pada isteri saya dalam keadaan marah (kami ada bertengkar) dan bila saya bertenang, saya menyesal atas kata2 saya.. mohon pencerahan dari ustaz.. terima kasih
Jawapan
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد
Apabila seorang suami menghantar pesanan atau massage melalui applikasi Whatapp atau yang seumpama dengannya kepada isterinya yang mengandungi lafaz talak, sama ada dengan lafaz sarih atau jelas, seperti "Aku ceraikan engkau" atau ucapan kiasan, seperti "Antara kita tidak ada hubungan apa-apa lagi", ia dianggap sebagai talak kinayah. Ini bermakna, seandainya suami berniat talak, maka jatuhlah talak. Namun sekiranya suami tidak berniat talak, maka talak tidak jatuh.
Hukum penceraian melalui Whatsapp adalah sah dan jatuh talaknya sekiranya ia memenuhi syarat-syarat berikut:
Merujuk kepada soalan tuan, lafaz atau perkataan yang tuan tuliskan iaitu "kalau rasa tak bahagia, dan tak boleh teruskan, fail kan permohonan dan abg akan turuti", adalah lafaz yang berbentuk cadangan dan sekiranya isteri failkan permohonan dan melalui proses-proses yang telah ditetapkan oleh mahkamah, dan tuan pun melafazkan cerai tersebut di mahkamah, barulah ia boleh membawa kepada jatuhnya talak.
والله أعلم بالصواب